🌓 The Phenomenon of Day and Night


Surah Al-A’raf, Verse 54

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يُغۡشِي ٱلَّيۡلَ ٱلنَّهَارَ يَطۡلُبُهُۥ حَثِيثٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتِۭ بِأَمۡرِهِۦٓۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٥٤
00:00 / 00:00
Reciter: Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy

Malay Translation (Tafsir Pimpinan Al-Rahman)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Penerangan berdasarkan Tafsir Al-Munir

Mengenai pertukaran antara malam dan siang, terdapat banyak manfaat padanya. Dengan pergantian kedua-duanya, urusan kehidupan manusia menjadi sempurna dan segala maslahat serta keperluan hidup dapat direalisasikan dengan baik. Peredaran siang dan malam yang cepat ini diperkuat oleh penemuan ilmu moden, iaitu bahawa bumi berbentuk bulat dan berputar pada paksinya mengelilingi matahari. Oleh sebab itu, separuh daripada bumi menerima cahaya matahari manakala separuh lagi berada dalam kegelapan. Sebagai contoh, apabila waktu siang berlaku di Timur Tengah, pada masa yang sama Amerika Selatan dan Tokyo, Jepun sedang mengalami waktu malam. Ramai ulama Islam seperti al-Ghazali, ar-Razi, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah telah lebih awal membincangkan hakikat ini sebelum ia dibuktikan oleh para ilmuwan moden.

Sumber: Tafsir Al-Munir (ringkasan)

Rujukan & Nota

  • Al-Quran Karim
  • al-Zuhaili, W. (1991). Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Shari‘ah wa al-Manhaj (Jil. 1–17). Damsyik: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
  • al-Najjar, Z. (2007). Tafsir al-Ayat al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim (Jil. 1–4). Kaherah: Maktabah Wahbah.

Read the complete explanation in our e-Book!
or Click Here