☀️ The Sun as the Determiner of Shadows


Surah Al-Furqan, Verse 45

أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ ٱلظِّلَّ وَلَوْ شَآءَ لَجَعَلَهُۥ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا ٱلشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا ٤٥
00:00 / 00:00
Reciter: Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy

Malay Translation (Tafsir Pimpinan Al-Rahman)

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.

Penerangan berdasarkan Tafsir Al-Munir

Kemudian Kami jadikan terbitnya matahari sebagai petunjuk (tanda) bagi bayang-bayang itu. Sekiranya bukan kerana terbitnya matahari, nescaya bayang-bayang itu tidak akan dapat dikenali, kerana sesungguhnya segala sesuatu dapat dibezakan dengan mengetahui lawannya.

Dari sini kita memahami bahawa Allah SWT telah menciptakan bayang-bayang terlebih dahulu, kemudian menjadikan matahari sebagai petunjuk terhadapnya. Setelah itu, Kami hilangkan bayang-bayang tersebut dan menggantinya secara beransur-ansur dengan sinar matahari, perlahan-lahan sesuai dengan pergerakan dan ketinggian matahari sehingga di permukaan bumi tidak ada lagi bayang-bayang kecuali di bawah bumbung atau di bawah pokok.

Sumber: Tafsir Al-Munir (ringkasan)

Rujukan & Nota

  • Al-Quran Karim
  • al-Zuhaili, W. (1991). Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Shari‘ah wa al-Manhaj (Jil. 1–17). Damsyik: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
  • al-Najjar, Z. (2007). Tafsir al-Ayat al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim (Jil. 1–4). Kaherah: Maktabah Wahbah.

Read the complete explanation in our e-Book!
or Click Here